Translate

Friday 23 November 2012

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) :: Bola Jaring

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) :: Bola Jaring

Latihan Bola Jaring


Gambar Latihan Bola Jaring

Latihan Melontar

Latihan Pelbagai
Rujukan yang berguna:
Open University Malaysia (OUM)
Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)

Video Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Contoh Video Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

RPH Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


Matapelajaran              : Pendidikan Kesihatan
Tunjang                        : Kesihatan diri dan keluarga
Tajuk                           : Keluarga Saya
Tarikh                          : 26 September 2012
Masa                            : 7.30am – 9.30am
Bilangan Murid : 25 orang
Objektif:
Di akhir pembelajaran, murid – murid dapat:
  • Mengetahui peranan yang dimainkan oleh setiap ahli keluarga
  • Menghormati ibubapa
  • Menghargai hubungan kelurga yang mesra.
Pengalaman yang sedia ada:
Murid telah memahami semua watak dalam keluarga masing – masing.
Penerapan nilai : Sayang-menyayangi, bertolak ansur dan juga menghormati di antara satu sama lain.
Penggabungjalinan        : Pendidikan sivik – Sayangi keluarga

Bahagian / Masa
Fokus pembelajaran
Aktiviti
Strategi  dan P &P
Set induksi
(10 minit)
Pengenalan kepada ahli keluarga.
Sebelum memulakan aktiviti sebenar, guru akan memperkenalkan watak – watak yang ada dalam sesebuah keluarga

Selepas itu, guru akan menanya murid siapa yang selalui menghantar mereka ke sekolah dan juga siapa yang selalu membawa mereka pulang ke rumah.

Setelah murid memberitahu siapa yang menjemput mereka pulang, guru akan bertanya lagi sama ada ibubapa mereka sayang kepada mereka atau tidak.
Penjanaan idea, kemahiran menyenarai
Perkembangan
Langkah I
(15 minit)
Penerangan watak dan peranan ahli keluarga
Murid akan mendengar penjelasan daripada guru tentang peranan setiap ahli keluarga.

Penumpuan
Langkah II
(15 minit)
Mengenali ahli keluarga masing – masing.
Semua murid diarahkan untuk memperkenalkan ahli keluarga masing – masing.
Kemahiran mencerita
Langkah III
(10 minit)
Penghargaan kepada ibubapa
Guru akan menerangkan kepentingan sumbangan ibubapa kepada anak – anak.


Nilai murni: Penghargaan
Rumusan dan Penilaian
(10 minit)
Sesi refleksi
Guru akan mengakhiri aktiviti ini dengan menekankan bahawa murid- murid perlulah menghormati dan menyayangi ibubapa masing – masing.

Nlai murni: hormat – menghormati, saling mengambil berat dan hubungan keluarga yang mesra.