Matapelajaran :
Pendidikan Kesihatan
Tunjang :
Kesihatan diri dan keluarga
Tajuk : Keluarga Saya
Tarikh : 26 September 2012
Masa : 7.30am – 9.30am
Bilangan
Murid : 25 orang
Objektif:
Di
akhir pembelajaran, murid – murid dapat:
- Mengetahui
peranan yang dimainkan oleh setiap ahli keluarga
- Menghormati
ibubapa
- Menghargai
hubungan kelurga yang mesra.
Pengalaman yang sedia ada:
Murid telah memahami semua watak dalam keluarga masing –
masing.
Penerapan nilai :
Sayang-menyayangi, bertolak ansur dan juga menghormati di antara satu sama
lain.
Penggabungjalinan :
Pendidikan sivik – Sayangi keluarga
Bahagian / Masa
|
Fokus pembelajaran
|
Aktiviti
|
Strategi dan P &P
|
Set induksi
(10 minit)
|
Pengenalan kepada ahli keluarga.
|
Sebelum memulakan aktiviti sebenar, guru akan
memperkenalkan watak – watak yang ada dalam sesebuah keluarga
Selepas itu, guru akan menanya murid siapa yang selalui
menghantar mereka ke sekolah dan juga siapa yang selalu membawa mereka pulang
ke rumah.
Setelah murid memberitahu siapa yang menjemput mereka
pulang, guru akan bertanya lagi sama ada ibubapa mereka sayang kepada mereka
atau tidak.
|
Penjanaan idea, kemahiran menyenarai
|
Perkembangan
Langkah I
(15 minit)
|
Penerangan watak dan peranan ahli keluarga
|
Murid akan mendengar penjelasan daripada guru tentang
peranan setiap ahli keluarga.
|
Penumpuan
|
Langkah II
(15 minit)
|
Mengenali ahli keluarga masing – masing.
|
Semua murid diarahkan untuk memperkenalkan ahli
keluarga masing – masing.
|
Kemahiran mencerita
|
Langkah III
(10 minit)
|
Penghargaan kepada ibubapa
|
Guru akan menerangkan kepentingan sumbangan ibubapa
kepada anak – anak.
|
Nilai murni: Penghargaan
|
Rumusan dan Penilaian
(10 minit)
|
Sesi refleksi
|
Guru akan mengakhiri aktiviti ini dengan menekankan
bahawa murid- murid perlulah menghormati dan menyayangi ibubapa masing –
masing.
|
Nlai murni: hormat – menghormati, saling mengambil
berat dan hubungan keluarga yang mesra.
|
No comments:
Post a Comment